Kenagan Terindah...

Kenagan Terindah...

Yang Cute Miut..

Google Translate

Monday, April 25, 2011

Try..Test...

Hari nie Terasa Nak Buat Choclate..Sebelum Hubby Balik dengan Pantas Cikbonsai siapkan..hehehe..Firstime buat nie.,hahah CedaPPP nYewww...
Buat ChocLate Nie Khas Buat Cik Abe Kitew...
Nie lah Hasilnyaa...

^
^
^
^
^
^
^
^
^
TaaaDaaaa...






Friday, April 8, 2011

PeTua MeLaYan IsTeRi..>>>



Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium…. 2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah… 3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya. 4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya. 5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula… 6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya. 7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran. 8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

Wednesday, April 6, 2011

HoMe PaRtY SMaRTHerB



Nie La Sempat Gak Buat Home ParTy Kecil kecil lan kat umah MUSTAKIN..Terima Kasih Banyak kepada Tuan Rumah Yang Memberi ruang & Sedikit Masa Untuk Kita Sama2 Mencari ReZeki Yang HALAL..

Terima Kasih Juga Kepada FAZNI yang Merancang Sesi ini..Semoga Kalian Berdua Berjaya Dalam SmartHerbs..Aminn

Tuesday, April 5, 2011

Udang Masak TempoYaK..




Hai Semua, Sbnarnya dah Lama ambik Gambar n masak Udang nie..
Cumanya Cik Bonsai kurang masa Nak MengUpload N beRbloGer nie..heheh
Nie baru ade Pluang skit..

Resipi nie cik bons ambik Ngan Kak Ipar CikBons..First makan nie tak penah Jumpa Sblum nie..Tapi mmg Sedap wooo....Try ah Tak Caye..SenanG Jew..Main Campak2 jew..

Bahan-bahan

Udang : 1/2 kg ( Dibuang kulit)
Bawang Merah : 8 biji (dihiris nipis)
Cili Api : Ikut Kepedasan Yg Korang nak (Di tumbuk)
Tempoyak : Yang nie lagi Banyak lagi best,tapi jangan Banyak sangat
Garam,Gula,Secukup Rasa..>>


Caranya :-

Sediakan kuali tanpa minyak atau air..Masukkan Udang dan balik balikan sehingga kemerahan tanda masak.Tujuan nya untuk Mematikan air Udang kata Org Terengganu..Korang Yg baca nie tak tau ah panggil apa plak Proses tuu..
Angkat dan di biarkan ditepi..

Masukan sedikit minyak & bila panas masukkan bawang merah yang sudah dihiris..Bawang besar pon bleh juga kalau nak campur..Setelah kekuningan Masukan Udang Tadi,diikuti Tempoyak & Cili Api yang sudah ditumbuk. Gaul Sebati,masukan Garam n Gula..Gaul rata. Tutup Api Dan Sedia dihidangkan..MemanG SODAPPP...


Sekian Resipi:-

PeTua UnTuK SeNTiaSa CeRia>>



Buku yang dihasilkan oleh Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria dan Zizi Azlinda Yusof.
Antara kandungan di dalam buku ini mengenai:-

Punca-punca tidak ceria:
1. Tidak mendapat hidayat-NYA.
2. Jahil banyak perkara
3. Bodoh sombong
4. Hati kotor
5. Tidak mengamalkan ilmu
6. Tidak istiqamah
7. Tidak bersatu hati
8. Tidak berdoa
9. Tidak bersyukur
10. Perspektif yang silap
11. Suasana yang negatif
12. Gagal melihat secara objektif

Petua sentiasa ceria antaranya:-
1. Patuh perintah Allah
2. Berdoa untuk ceria
3. Memaafkan semua orang sebelum tidur
4. Programkan minda sebelum tidur
5. Senyum dan berdoa selepas bangun tidur

pepatah ada berbunyi:
“Air yang jernih dihulu akan jua jernih dihilir”.

Maksudnya, apabila kita memulakan pagi dengan senyuman dan berdoa selepas bangun tidur ianya akan mempengaruhi keceriaan sepanjang hari. Senyumlah, pasti dunia akan tersenyum bersamamu.

Begitu juga dengan peribahasa cina mengatakan,
“Semalam dan kelmarin telah berlalu meninggalkan sejarah dalam kehidupan. Esok, lusa dan akan datang merupakan impian dan wawasan”.

6. Memakai warna yang sesuai dengan naluri.
7. Memlih butang-butang ceria

contohnya menelepon ibu bapa, minum holicks, melihat pemandangan yang indah, memerhatikan ikan di akuarium, mendengar muzik dan membaca al-quran. Jangan memilih sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.

8. Membuat kerja sebaik mungkin
9. Mengembirakan orang lain
10. Menjaga kesihatan
11. Mencari strategi untuk ceria
12. Masalah itu...Bukan masalah sangat!
13. Tidak semestinya menang setiap masa
14. Selaraskan matlamat
15. Perbandingan betul
16. Memupuk persahabatan
17. Menerima diri seadanya tanpa syarat
18. Buka minda untuk maklumat baru
19. “Betapa penting kamu bagiku”
20. Tekaan positif jika tidak pasti
21. Rutin harian yang fleksibel
22. Jangan cakap saja, tapi buat!


Rumusan:

1- Hadiahkan kepada semua orang seulas senyuman yang paling iklas dan bermakna.
2- Senyum itu sedekah...Rebutlah peluang ini sepantas mungkin!
3- Awasilah senyuman kita kepada ajnabi (bukan mahram) agar tidak menjadi fitnah yang lebih berat.
4- Doa memainkan peranan penting untuk kita sebagai hamba yang lemah meminta dan merayu kepada Allah Yang Agung.
5- Gerakkan otak supaya sentiasa berfikir strategi-strategi untuk sentiasa ceria.
6- Ceria amat perlu dalam diri semua insan.
7- Keceriaan adalah salah satu tanda kekuasaan Allah s.w.t. Dengan mengambil kira bagaimana untuk ceria di sisi Islam, jiwa kita akan berasa lebih tenang dan bahagia kerana telah berusaha mengkaji satu ilmu Allah antara berjuta-juta ilmu Allah yang maha luas ini.
8- Ceria seorang Mukmin berbeza dengan ceria seorang yang lalai. Pilihan terletak pada kita untuk mahu berada di garisan yang mana.

Insan yang insaf dan bertaubat di malam hari nampak bersedih
di mata manusia umum tetapi dia gembira dan ceria di sisi Allah.