Kenagan Terindah...

Kenagan Terindah...

Yang Cute Miut..

Google Translate

Sunday, September 26, 2010

Raya 2010..

Seperti yang dijanjikan inilah yang dapat di snapkan untuk raya tahun ini...Mmwah!!
Jom Layannnzzz...

Raya Di Rumah Mentua..hihiihi Yang nie pun sebahagian jugak, Masih ada yang belum sampai..


Sebahagian Daripada Big Family..Masih ada Yang Berada Diperantauan & Bekerja tak dapat Pulang Beraya..Selamat Hari Raya Semua..Maaf Zahir Dan Batin..


Yea yea..Dapat Duit Raya..


Adikkkk...Along Dapat Duit Rayaaa...


Yes Botok Dapat Gokss....


Yang Jauh Kini Kembali..Biarpun Masih Belum Mengcukupi..


Sedikit suasananya..


Masih menanti dengan penuh HARAPAN seseorang yang belum pulang...Bilakah masanya akan Tiba..


Stim Mate Ulor Sawo kekenyangannn...errkkkk


eee...Skodeng org mandi plak...


Ishk budak nie icap cucu cokmo..


Ayah Long VS Che Long.."n" Family


Ayah ngah VS Che ngah


Pok Tih VS Mok Tih "n" Syahid Zakuan


Ayah Sue 'n' Usu yang CUTE disamping anak2 Pinjaman..hikhik


...THE END...

Monday, September 20, 2010

Smart Herbs

SUSU KAMBING



Semenanjung Malaysia = RM 35
Sabah/Sarawak = RM 39


Khasiat
Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus serta mudah hadam berbanding dengan susu lain. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.

Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.

Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.

Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.



KOPI BARLEY



Semenanjung Malaysia = RM 30
Sabah/Sarawak = RM 34


Kandungan Khasiat
Barli Bakar Khasiat utama Barli bakar ialah untuk menjaga dan membersih buah pinggang terutama untuk melancarkan process percernaan dan pembersihan darah. Ia akan menghindarkan penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang seperti penyakit batu karang
Ubi Beet Merah Kaya dengan khasiat zat besi penting untuk pembentukan hemoglobin bertujuan untuk pembekuan sel-sel darah merah. Selain itu, red pigment bitaine berfungsi sebagai antikanser
Gula Perang Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda
Kopi Arabiaca Sejenis kopi yang sangat digalakan untuk di minum seisi keluarga kerana kandungan kaffein yang sangat rendah berbanding dengan kopi biasa.
Krimer Krimer yang digunakan bukan dari jenis tenusu yang jelas mengandungi paras lemak yang rendah. Ia sesuai untuk amalan kesihatan dan dalam pemakanan yang seimbang.



KACIP FATIMAH



Semenanjung Malaysia = RM 30
Sabah/Sarawak = RM 34


Kandungan Khasiat
Kacip Fatimah Khasiat utama Kacip Fatimah adalah untuk penjagaan kesihatan dalaman wanita. Membantu wanita lebih active dari segi mental dan fizikal.
Menjakani Mengembali dan mengekalkan keremajaan wanita. Membantu pengecutan lemak di dalam badan di samping menegang dan mengembalikan keanjalan otot pada dinding sistem peranakan wanita.
Ubi Beet Merah Kaya dengan khasiat zat besi penting untuk pembentukan hemoglobin bertujuan untuk pembekuan sel-sel darah merah. Selain itu, red pigment bitaine berfungsi sebagai antikanser
Mas Cotek Mas Cotek digunakan terutamanya untuk membantu melancarkan peredaran darah
Gula Perang Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda.
Kopi Arabica Sejenis kopi yang sangat digalakan untuk di minum seisi keluarga kerana kandungan kaffein yang sangat rendah berbanding dengan kopi biasa.
Krimer Krimer yang digunakan bukan dari jenis tenusu yang jelas mengandungi paras lemak yang rendah. Ia sesuai untuk amalan kesihatan dan dalam pemakanan yang seimbang.


TONGKAT ALI

TONGKAT ALI

Semenanjung Malaysia = RM 30
Sabah/Sarawak = RM 34


Kandungan Khasiat
Tongkat Ali Khasiat Tongkat Ali ialah untuk merangsang dan menambah pengeluaran hormon testos terone di kalangan lelaki dan juga untuk kesihatan dalaman. Disamping itu, ia juga berkesan untuk merawat 'hypertension'.

Ubi Jaga Sama seperti tongkat Ali. nama saintifik Radixs milax myosotoflora.

Ubi Beet Merah Kaya dengan khasiat zat besi penting untuk pembentukan hemoglobin bertujuan untuk pembekuan sel-sel darah merah. Selain itu, red pigment bitaine berfungsi sebagai antikanser

Mas Cotek Mas Cotek digunakan terutamanya untuk membantu melancarkan peredaran darah

Ginseng Ginseng digunakan sebagai bahan untuk meningkatkan stamina dan ketahanan badan.

Guarana Guarana di kenali sebagai bahan untuk meningkatkan daya ketahanan fikiran, mencegah keletihan dan meningkatkan stamina dikalangan orang dewasa.

Gula Perang Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda.
Krimmer Krimer yang digunakan bukan dari jenis tenusu yang jelas mengandungi paras lemak yang rendah. Ia sesuai untuk amalan kesihatan dan dalam pemakanan yang seimbang.
Kopi Arabia Sejenis kopi yang sangat digalakan untuk di minum seisi keluarga kerana kandungan kaffein yang sangat rendah berbanding dengan kopi biasa.



LOSYEN PATI HALIA



Semenanjung Malaysia = RM 30
Sabah/Sarawak = RM 34

Khasiat
Menghangatkan bahagian "takungan lemak" dan seterusnya membakar lemak di kawasan tersebut.

Membantu mengempiskan perut buncit dan merampingkan badan.

Merawat dan mengurangkan selulit di kawasan bermasalah

Membuang angin lebihan dalam badan, melegakan kembung perut dan senggugut.

Losyen urutan untuk menyegarkan seluruh badan.

Sesuai digunakan bagi wanita yang baru bersalin.

Monday, September 13, 2010

11 September 2010 ???

Masih ingat peristiwa 11 September 2001??? iaitu 10 tahun yang lalu peristiwa pesawat yang telah melanggar bangunan World Trade Center di bandaraya New York,yang dikenali serangan berani mati..pejam celik pejam celik kan tanpa sedar begitu cepat masa berlalu. Peristiwa ini telah menggegarkan DUNIA.

Dan apa yang ada pada 11 September 2010?

Ermm...Kehangatan Menyambut Hari Raya Tahun Ini masih Terasa Bahangnya...
Ini Kerana hari yang ditunggu tungu Tahun yang dinanti nanti...Selama 10 Tahun Perkara ini Berlalu, Dan Selama itulah Kami Sekeluarga Menahan Kesabaran melayan karenah sesetengah pihak.Menipu, mengcover line dan macam macam lagi lah...Semuanya Untuk Kebaikan..Org yang paling kuat dalam menempuh CABARAN ini adalah UMMY cik bons sdiri..Berkat kesabaran dan tak putus putus menadah DOA Kepada yang Maha Berkuasa.. Akhirnya..Tahun ini dalam Sejarah..Mesti ada yang Terntanya tanya Apa Yang Kami Tunggu???? Apa YAng KAmi NAntiii?

Apa yang semua impikan..KELUARGA BAHAGIA!!!

Tersebutlah kisah Zaman Dahulu kala..iaitu 10tahun yang lampau..
Berlakulah pertelingkahan antara Bapa n Anak..Akibat daripada perkara kecil yang tak seberapa itu telah mengundang padah..keluarga kami berpecah belah.. Yang berpecahnya deme dua orglah..tapi kami adik bradik yang rasa tempiasnya..yer lah yang satu bapak yang satu lagi abg/adik...so mcm mana kalau ia berlaku kat korang..
kering airmata sudah..

Ini semua kerana Sikap panas Baran Mereka berdua.Si anak telah insaf tapi bapak lak tak ley trima...Banyak tahun sudah kami cuba memulihkan keadaan ini..tapi tidak berjaya..sehingga anak itu mendirikan rumah tangga, ayah cik bons masih keras hatinya. Tatkala itu, Banyak pihak disebelah pengantin pompuan menyuarakan dimana ayah pengantin lelaki..Sedih Pilu menguasai kami sekeluarga..walaupun ada sesetengah pihak yang dah mengetahui..

Ummy masih sabar dan kuatkan semangat..Walaupun tanpa bantuan ayah cik bons..Kami adik bradik tetap buat majlis sambut menantu dan sebagainya..walaupun terpaksa buat kat rumah cik bons.Sedih lagi pedih..Waktu itu cik bons rasakan seakan kami adik bradik ngan umy jerk yang wujud waktu itu..Kemana semua org..kemana org yang slama ini petah bercakap, kemana hilangnyer ketua jemaah kalau nak buat sebarang majlis pernikahan..kemana hilangnya bendahari kewangan..kemana hilangnye manusia manusia ini??? Nah bersenang lenang nampaknya semuanya..

Walaubagaimanapun...Majlis itu berjalan dengan lancar..Alhamdulillah..ada juga yang datang membantu selepas itu..walaupun di saat akhir ia adalah suatu bantuan yang amat bermakna..Tetapi ingatlah yang datang makan gulai itu ingatlah pepatah ini..."ADA UBI ADA BATAS, ADA HARI AKAN DIBALAS" tunggu saja giliran anak-anak mu..

Bukan niat untuk BERDENDAM, tetapi luka parah belum terubat sampai bila bila pun akan ku kenang..Sudah tau akan masalah bukan hendak tolong membantu tetapi menambahkanlagi masalah adalah..ingatlah wahai manusia..Tidak berlaku adil sesama manusia apatah lagi saudara mara nescaya habuan besar akan menanti kalian nanti..

OK lah stakat nie alkisah citer tue..malas dah cik bons nak citer panjang panjang lagi sbb skarang dah buka buku baru. Peristiwa 11 september 2010 telah menjadi kenangan terindah buat keluarga kami..sama seperti 11 september 2001 yang telah menjadi ingatan semua pihak..

Kini telah lahir Ahmad Syahiid zakuan cucu ke-3.Berkat kesabaran menantu melayan karenah bapa mentua..akhrnya pada raya ke 2 tanggal 11 september skali lagi cubaan menyatukan keluarga..akhirnya kali ini membuahkan hasil..Terima kasih pada semua pihak..Terima Kasih buat Ya ALLAH. Kerana menerima Doa kami...sesungguhnya hari ini adalah perkara yang paling bahagia buat keluarga kami..sudah tentunya org yang palik bahagia ummy cik bons..

Ingatlah wahai semua kesabarn itu penting,tolak ansur juga penting, kerjasama tak kurangnya. Jadi kumpulkan itu semua untuk mendapat keberkatan dan rahmat darinya..

# gambar raya nanti cik bons UPLOAD.

Wednesday, September 1, 2010

Thanks 2 Allah

Salam semua lama juga cik bons menyepikan diri nie,.buka apa cibuk dengan Busines n persiapan hari Raya Aidilfitri yang bakal datang tak lama lagi..cuma seminggu jer lagi..

Kanapa Cik Bons Berterima Kasih Kepad ALLAH yang Maha Berkuasa..??? Adalah kerana Cik Bons dengan rasminya tak lama lagi akan jadi Penganggur terhorrmat..hukhuk..
Cik bons mmg bercadang nak berhenti keje nak buat full time busines yang cik bons ceburi..tapi cik bons rasa tak sampai hati nak bagitahu bos..
Ye lah dala keadaan kegawatan ekonomi tempat cik bons keje skarang nie..bukan apa takut nanti bos kata " Masa senang bersama aku, Bila susah nak lari macam tu jerk"

Perancang cik bons sebelum cuti raya nie ni cik bons nak hulurkan lah surat cik bons kat bos, walaupun dengan berat hati cik bons terpaksa gak..sbb kalau cik bons tak buat macam tu..cik bons rasa tak lamanya...income tak de nak bayar gaji macam mana..sbulan 2 bleh lah..3 4 bulan macam mana...???

datang keje hari2 duit kuar gak..minyak kete, makan, dll..masyuk tak dak tak bleh ah cam tu kan kan kan...so baik cik bons cabut dulu..sebelum nazak nantikan...

Tapi yang cik bons nak cakap nie sbnarnya cik bons tak sempat lagi hantar letter kat My BOS..dia dah bagi dulu LOVE LETTER...huhuuhu..cik bons hanya tersenyum dan Lantas cik bons ucapkan berbanyak Terima Kasih Padamu Ya ALLLAH..
Kerana cik bos tak perlu luahkan dengan sdiri..dengan penamatan kerja itu cik bons rasa macam dah lepas daripada berjuta juta masalah yang telah cik bons pendamkan selama ini..hihihi..

"Tapi maaflah bos..sy terpaksa jugak hantar surat saya kat bos..sbb saya nak letak jawatan habis bulan 9 nie jerk bos..tak mau tunggu lama lah bos..sebab itulah niat saya dan saya bernekad sebelum bos bagi surat cinta bos ni kat saya lagiii..."


Apa pun Rezeki ada dimana-mana..Insya Allah Tuhan akan sentiasa membantu hambanya..Aminn..