Kenagan Terindah...

Kenagan Terindah...

Yang Cute Miut..

Google Translate

Monday, September 13, 2010

11 September 2010 ???

Masih ingat peristiwa 11 September 2001??? iaitu 10 tahun yang lalu peristiwa pesawat yang telah melanggar bangunan World Trade Center di bandaraya New York,yang dikenali serangan berani mati..pejam celik pejam celik kan tanpa sedar begitu cepat masa berlalu. Peristiwa ini telah menggegarkan DUNIA.

Dan apa yang ada pada 11 September 2010?

Ermm...Kehangatan Menyambut Hari Raya Tahun Ini masih Terasa Bahangnya...
Ini Kerana hari yang ditunggu tungu Tahun yang dinanti nanti...Selama 10 Tahun Perkara ini Berlalu, Dan Selama itulah Kami Sekeluarga Menahan Kesabaran melayan karenah sesetengah pihak.Menipu, mengcover line dan macam macam lagi lah...Semuanya Untuk Kebaikan..Org yang paling kuat dalam menempuh CABARAN ini adalah UMMY cik bons sdiri..Berkat kesabaran dan tak putus putus menadah DOA Kepada yang Maha Berkuasa.. Akhirnya..Tahun ini dalam Sejarah..Mesti ada yang Terntanya tanya Apa Yang Kami Tunggu???? Apa YAng KAmi NAntiii?

Apa yang semua impikan..KELUARGA BAHAGIA!!!

Tersebutlah kisah Zaman Dahulu kala..iaitu 10tahun yang lampau..
Berlakulah pertelingkahan antara Bapa n Anak..Akibat daripada perkara kecil yang tak seberapa itu telah mengundang padah..keluarga kami berpecah belah.. Yang berpecahnya deme dua orglah..tapi kami adik bradik yang rasa tempiasnya..yer lah yang satu bapak yang satu lagi abg/adik...so mcm mana kalau ia berlaku kat korang..
kering airmata sudah..

Ini semua kerana Sikap panas Baran Mereka berdua.Si anak telah insaf tapi bapak lak tak ley trima...Banyak tahun sudah kami cuba memulihkan keadaan ini..tapi tidak berjaya..sehingga anak itu mendirikan rumah tangga, ayah cik bons masih keras hatinya. Tatkala itu, Banyak pihak disebelah pengantin pompuan menyuarakan dimana ayah pengantin lelaki..Sedih Pilu menguasai kami sekeluarga..walaupun ada sesetengah pihak yang dah mengetahui..

Ummy masih sabar dan kuatkan semangat..Walaupun tanpa bantuan ayah cik bons..Kami adik bradik tetap buat majlis sambut menantu dan sebagainya..walaupun terpaksa buat kat rumah cik bons.Sedih lagi pedih..Waktu itu cik bons rasakan seakan kami adik bradik ngan umy jerk yang wujud waktu itu..Kemana semua org..kemana org yang slama ini petah bercakap, kemana hilangnyer ketua jemaah kalau nak buat sebarang majlis pernikahan..kemana hilangnya bendahari kewangan..kemana hilangnye manusia manusia ini??? Nah bersenang lenang nampaknya semuanya..

Walaubagaimanapun...Majlis itu berjalan dengan lancar..Alhamdulillah..ada juga yang datang membantu selepas itu..walaupun di saat akhir ia adalah suatu bantuan yang amat bermakna..Tetapi ingatlah yang datang makan gulai itu ingatlah pepatah ini..."ADA UBI ADA BATAS, ADA HARI AKAN DIBALAS" tunggu saja giliran anak-anak mu..

Bukan niat untuk BERDENDAM, tetapi luka parah belum terubat sampai bila bila pun akan ku kenang..Sudah tau akan masalah bukan hendak tolong membantu tetapi menambahkanlagi masalah adalah..ingatlah wahai manusia..Tidak berlaku adil sesama manusia apatah lagi saudara mara nescaya habuan besar akan menanti kalian nanti..

OK lah stakat nie alkisah citer tue..malas dah cik bons nak citer panjang panjang lagi sbb skarang dah buka buku baru. Peristiwa 11 september 2010 telah menjadi kenangan terindah buat keluarga kami..sama seperti 11 september 2001 yang telah menjadi ingatan semua pihak..

Kini telah lahir Ahmad Syahiid zakuan cucu ke-3.Berkat kesabaran menantu melayan karenah bapa mentua..akhrnya pada raya ke 2 tanggal 11 september skali lagi cubaan menyatukan keluarga..akhirnya kali ini membuahkan hasil..Terima kasih pada semua pihak..Terima Kasih buat Ya ALLAH. Kerana menerima Doa kami...sesungguhnya hari ini adalah perkara yang paling bahagia buat keluarga kami..sudah tentunya org yang palik bahagia ummy cik bons..

Ingatlah wahai semua kesabarn itu penting,tolak ansur juga penting, kerjasama tak kurangnya. Jadi kumpulkan itu semua untuk mendapat keberkatan dan rahmat darinya..

# gambar raya nanti cik bons UPLOAD.

No comments:

Post a Comment