Kenagan Terindah...

Kenagan Terindah...

Yang Cute Miut..

Google Translate

Thursday, November 25, 2010

~ Bila Guru Menafsir Cinta..~

GURU FIZIK
cinta merupakan daya tarik-menarik antara kutub positif (lelaki) dengan kutub negatif (wanita)

GURU BIOLOGI
cinta adalah cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
cinta merupakan tindak balas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat dengannya kerana hidup ini penuh dengan isblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk melakukan dosa dan cinta adalah sasaran dosa. sebaik-baik cinta adalah cinta pada Nya

GURU PENDIDIKAN MUZIK
cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
cinta adalah keperluan manusia yang harus dipenuhi samada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
cinta akan hanya menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibat.

GURU GEOGRAFI
cinta adalah seperti empat musim yang melanda kebanyakan negara Eropah. ada panas, dingin, luruh dan bunya.

GURU BAHASA
cinta dianggap indah kerana dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya
.

Monday, November 15, 2010

Menu Hari ini

Hari ini cikbonsai begitu rajin masuk ke dapur..huhuhu
memandangkan esok nak raya terpaksalah cikbonsai habiskan saki baki lauk pauk yang ada kat dalam peti Ais tue, sebelum pulang ke kampung..hihi
Dah lama tak makan masakan nie rindu plak masakan ummy.. So layan apa yang cikbonsai sempat siapkan untuk menu hari ini..

"IKAN AYA GORENG BAWANG"


Lepas tue cikbonsai goreng ayam kunyit untuk menambahkan selera cikbonsai nie..
Lauk yang paling cikbonsai rindu nie lah 'gulai nenas ikan masin'..hihihi..


"GULAI NENAS IKAN MASIN"

BAHAN-BAHAN :

Ikan masin
1 biji nenas
santan pekat
Garam, Gula dan asam jawa secukup rasa


BAHAN-BAHAN UNTUK TUMISAN :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm Kunyit
2 cm Lengkuas
Lada Kering
(* Kesemua barang ini dikisar)


CARA MEMASAK :

Bersihkan kepingan ikan masin untuk buang garam .
Nenas dipotong ikut suka korang..

Panaskan minyak untuk menumis dan tumiskan semua bahan untuk tumisan di atas..
Biarkan mendidih, Masukkan ikan masin & Nenas.Masukkan Asam Keping,gula, Garam (Jika Perlu @ ikan masin itu tidak cukup masin).
Last skali Masukkan Santan..

Biarkan kuah mendidih dan ikan masin masak boleh lah ditutup api.

Sekian Resipi:-

Friday, November 12, 2010

~meh blajar PEPATAH melayu SEKARANG~

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,

manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu

17. Hidup segan, mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail

di laut (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik

hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah

Thursday, November 11, 2010

10 KELEBIHAN COCA COLA ?


"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa

cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci

toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

Wednesday, November 10, 2010

Saya Sayang Awak(cerpen)

Awak ingat tak tarikh 29 Mac? Awak mesti tak ingat, kan? Tapi awak tau tak yang tarikh tu tarikh yang saya takkan lupakan sepanjang hidup saya? Awak tau kenapa? Sebab pada 29 Mac itulah kita disatukan sebagai suami isteri. Sampai saat ni saya tak percaya. Saya rasa nak ketawa. Kelakar rasanya. Macam mana kita boleh jadi suami isteri sedangkan awak tak pernah rapat dengan saya? Awak tau tak, hari kita bernikah tu, saya tertanya-tanya kenapa awak bernikah dengan saya? Kenapa awak pilih saya? Tapi awak tetap terima nikah dan lafazkan nama saya dalam satu nafas.

Wajah awak nampak tenang bila bersalaman dengan Papa saya. Awak senyum pada Ibu awak yang berada di sisi saya. Perlahan-lahan awak hampiri saya. Abang awak buka bekas cincin dan awak sarungkan cincin itu di jari manis kiri saya. Kemudian bibir awak menyentuh dahi saya. Saya tak berani nak pandang awak. Mata awak tajam. Saya cuma senyum. Semua itu lakonan semata-mata, kan? Bergetar tangan saya waktu cium tangan awak. Awak percaya tak itu kali pertama saya bersalam dengan seorang lelaki? Dan lelaki itu adalah awak, suami saya. Ibu awak peluk saya. Kemudian saya nampak Mama. Saya rasa sedih sangat. Hari tu saya dah jadi milik awak sepenuhnya.

Selepas majlis bernikah, awak balik ke rumah awak. Majlis perkahwinan kita diadakan pada keesokan harinya. Mama bertekad nak buat besar-besaran walaupun saya menolak. Bagi saya, majlis persandingan tak perlu. Cukup sekadar adakan kenduri tapi Mama tak setuju. Awak tau tak saya langsung tak pernah ambil tahu tentang majlis perkahwinan saya? Entahlah, saya pun tak tahu kenapa. Mungkin saya kerana saya sebenarnya tak percaya yang saya akan berkahwin dengan awak. Macam mana saya nak cakap, ya? Awak tau tak saya admire awak selama ni?

Mesti awak terfikir sejak bila saya kenal awak, kan? Awak tak ingat ke? Dulu kita belajar di universiti yang sama sewaktu diploma. Awak pelajar diploma kejuruteraan awam UTMKL, seksyen 3, kan? Saya tau banyak perkara tentang awak. Saya tahu warna kesukaan awak, hobi awak, makanan kegemaran awak … Girlfriend awak pun saya kenal. Semua tu saya kawan saya, Izzah yang beritahu. Izzah girlfriend awak, kan? Atau sepatutnya saya kata salah seorang yang pernah jadi girlfriend awak? Saya tau awak ada banyak girlfriend. Maklumlah, awak seorang lelaki yang ada banyak kelebihan. Kalau awak senyum je mesti ada yang akan jatuh cinta. Macam saya. Saya temankan Izzah bertemu dengan awak buat pertama kali awak berdua berjumpa. Kelakar rasanya bila saya pun jatuh cinta dengan awak.

Tapi Izzah tak pernah tau perasaan saya terhadap awak. Awak tau tak betapa terseksanya saya setiap kali Izzah ceritakan tentang awak? Izzah ceritakan yang awak hadiahkan dia rantai, bantal bentuk hati … Apa lagi ya? Banyak sangat yang awak beri pada Izzah. Saya cemburu sangat tiap kali Izzah bergayut dengan awak dalam phone. Saya terfikir kalaulah saya dapat miliki awak, adakah awak akan layan saya macam awak layan Izzah? Saya jadi saksi percintaan awak dengan Izzah. Izzah selalu suruh saya temankan bila awak nak jumpa dengan dia. Entahlah awak … Saya jatuh cinta sangat dengan awak sampai saya sanggup khianati kawan saya.

Izzah tak tau saya ambil nombor handphone awak. Saya beli SIM card baru dan mula kacau awak. Saya tak sangka awak akan layan saya. Izzah tak pernah tau saya kacau awak and awak pun tak pernah beritahu Izzah. Cuma pernah sekali Izzah mengadu kat saya yang awak dah semakin jauh dari dia. Saya terfikir … Sayakah penyebabnya? Tapi awak jarang balas message saya. Cuma sesekali awak akan balas message saya, bertanyakan siapa saya. Saya tak pernah bagitau dan awak tak pernah tau, walaupun kita dah berkahwin. Saya message awak, saya berterus terang yang saya sukakan awak. Entah apa perasaan awak masa tu, kan?

Awak ingat tak rak 108 kat Perpustakaan Sultanah Zanariah? Rak itulah yang jadi tempat kita bertukar banyak benda. Masa birthday awak, saya hadiahkan awak T-shirt warna hitam. Saya rasa happy sangat bila saya nampak pakai baju tu. Awak nampak menyerlah bila pakai baju warna hitam. Tiba satu masa, kita jadi rapat walaupun masa tu awak masih dengan Izzah. Kita berbual tentang banyak perkara termasuklah study. Kalau saya ada hint untuk final exam, rak 108 tu lah yang awak akan cari. Saya rasa tak percaya bila awak bagi hadiah untuk saya masa birthday saya. Saya ingatkan awak tak ingat. Awak bagi saya tudung warna putih. Cantik tudung tu. Tapi saya tak pernah pakai waktu di kampus. Ye la, kalau saya pakai, mesti awak kenal saya, kan? Tapi tudung tu la yang saya paling sayang … Sebab awak yang bagi. Hehe.

Bukan sekali dua awak tanya siapa saya. Nama saya pun awak tak tau. Awak pernah gurau dengan saya. Awak kata kalau saya tak bagitau nama saya, awak akan panggil saya sayang. Saya ketawa besar walaupun dalam hati saya mula risau. Izzah selalu mengadu dengan saya yang awak mula tak hiraukan dia. Setiap kali awak telefon, saya akan keluar dari blok hostel saya sebab saya tak nak ada orang tau yang saya sedang berbual dengan awak. Terutamanya Izzah. Awak rasa saya ni jenis yang kawan makan kawan ke? Saya bukan nak memiliki awak. Saya cuma nak jadi sebahagian daripada hidup awak. Tak sangka akhirnya saya memang menjadi sebahagian daripada hidup awak, kan? Menjadi isteri awak bukanlah sesuatu yang saya pernah fikirkan.

Awak akan jatuh hati pada saya juga tak pernah saya fikirkan. Saya menangis waktu awak luahkan perasaan awak. Bukan saya tak sukakan awak. Saya cintakan awak sepenuh hati saya tapi saya sedih saya tak dapat jadi milik awak sebab yang awak cintakan sebenarnya bukanlah diri saya, Ariana tetapi Rie. Rie cumalah bayang-bayang. Walaupun semua perkara yang saya ceritakan pada awak adalah mengenai saya, Ariana tapi bagi awak, saya Rie. Awak kenal Ariana tapi awak tak ada perasaan pada dia. Awak sebenarnya tak ada perasaan pada saya. Saya juga sedih sebab saya khianati kawan baik saya sendiri. Kenapa awak sukakan Rie dan sanggup tolak Izzah? Selepas saya menangis, Izzah datang bertemu saya dalam air mata. Awak tinggalkan Izzah! Kerana saya!



Saya tak tau siapa yang kejam. Sayakah yang membuatkan Izzah menangis dan membuatkan awak terluka? Atau awak yang membuatkan Izzah menangis dan menderita sendiri akhirnya? Maafkan saya, awak … Bukan niat saya nak mempermainkan cinta awak. Percayalah, saya cintakan awak tapi orang yang awak cintai bukanlah saya. Saya tau awak akan tolak saya jika awak mengenali saya. Saya tak macam awak yang punya segalanya. Saya tak secantik Izzah, tak sebaik Izzah. Awak pun tau saya macam mana, kan?

Pertama kali Mama dan Papa beritahu yang keluarga awak datang meminang saya, perkara pertama yang saya fikir ialah adakah awak dah tau yang saya Rie? Kenapa awak memilih saya? Kenapa tak orang lain yang sepadan dengan awak? Awak tak takut orang lain mengata awak kerana memilih perempuan yang tidak sepadan dengan awak? Saya rasa rendah diri sangat bila kita berdua duduk bersanding di atas pelamin. Saya dapat dengar orang memperkatakan dengan kita. Macam Prince Charming and the Witch. Hari yang sepatutnya menjadi hari bersejarah, hari paling bahagia dalam hidup saya jadi hari yang paling mendukacitakan. Saya terasa kerdil sangat di samping awak.

Tapi awak cuma senyum. Itulah yang melapangkan dada saya, yang membuatkan semua kemarahan saya hilang. Semasa awak senyum pada saya, saya terfikir. Kita sudah lama tidak bertemu sejak kita mengikut haluan masing-masing. Awak melanjutkan pelajaran ke Jepun sedangkan saya hanya mampu menyambung pelajaran di UTM Skudai dalam bidang ukur bahan. Saya tak tahu macam mana awak boleh berjumpa dengan saya. Saya tak tau macam mana awak boleh meminang saya. Kita tak pernah berjumpa sejak hari konvokesyen, kan? Sewaktu kita hampir disatukan pun kita tak pernah bertemu, kan? Kenapa awak pilih saya? Takkanlah orang seperti awak tak ada pilihan sendiri?

Bila kita berkahwin, salah satu perkara yang saya paling gerunkan adalah malam pertama. Saya mula terfikir yang bukan-bukan tentang malam pertama. Tapi saya tak sangka saya tak pernah dapat mengecapi malam pertama yang diidamkan pasangan lain. Awak tak sentuh saya langsung. Bercakap dengan saya pun tidak. Awak dingin. Saya cuba pujuk hati saya sendiri. Bagi saya, mungkin awak segan. Saya pun segan dengan awak. Ye la, awak ex-boyfriend kawan saya dan saya kawan ex-girlfriend awak. Oh ya, bercakap tentang Izzah, dia ada datang waktu majlis perkahwinan kita. Awak perasan tak? Ke awak dah lupakan Izzah?

Awak tak tau betapa risaunya saya waktu saya call dia. Dia tanya, siapa bakal pasangan hidup saya yang bertuah tu? Lidah saya kelu. Tapi saya berterus terang. Saya katakan pada saya yang saya tak pernah berjumpa dengan awak sama sekali dan saya tak ada idea apa yang menyebabkan awak meminang saya. Syukurlah Izzah memahami. Katanya, apa yang sudah berlalu biarkan berlalu dan kebahagiaan saya adalah kebahagiaan baginya. Tapi kenapa awak tak macam tu? Kebahagiaan saya awak tak pernah fikir pun. Awak berikan saya segalanya … Tapi awak tak pernah berikan saya kasih sayang.

Seminggu selepas kita berkahwin, awak luahkan hasrat awak untuk berpindah. Awak kata, awak dah beli rumah. Saya terkejut. Awak tak pernah beritahu saya pun. Mama tak bersetuju sebab Mama tak nak berjauhan dari saya tapi saya katakan pada Mama yang tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Jika awak nak berpindah ke mana sekali pun, saya akan ikut bersama awak sebab tempat saya adalah di sisi awak. Kemesraan kita di hadapan Mama dan Papa cumalah lakonan. Di belakang mereka, kita umpama batu yang tak berperasaan. Awak jangan cuba kata yang saya tak pernah cuba untuk bermesra dengan awak! Saya dah cuba yang terbaik. Setiap kali kita berdua dalam bilik, saya akan cuba berbual dengan awak. Saya bertanya tentang semua perkara tentang awak tapi awak bercakap seakan terpaksa. Kecil hati saya. Tapi saya tak pernah berhenti mencuba.

Selepas kita berkahwin, awak tak izinkan saya bekerja. Saya akur. Saya tinggal di rumah itu, sendirian. Saya rasakan diri saya tak ubah seperti robot. Saya akan bangun awal pagi sebelum awak bangun untuk masak sarapan. Sebelum azan subuh, saya akan kejutkan awak untuk solat. Kita akan bersolat berjemaah. Kita bersarapan bersama dan saya akan temani awak sehingga ke pintu untuk bersalam dengan awak sebelum awak pergi kerja. Setiap pagi saya tak pernah lupa untuk minta maaf jika saya ada silap. Entahlah, saya dah terbiasa untuk meminta maaf.

Tapi tu semua berlaku dalam seminggu saja. Satu pagi, bila saya bangun, awak tak ada di sisi saya. Dada saya berdebar kencang. Saya ketuk pintu bilik air tapi awak tak ada. Saya ke ruang tamu tapi awak tak ada. Dalam perasaan risau saya lihat semua barang-barang penting awak masih ada. Saya buka pintu bilik kedua. Awak sedang tidur dengan lena. Air mata saya tumpah. Kenapa awak buat macam ni? Hati saya betul-betul terluka tapi saya tak pernah luahkan. Pagi tu saya siapkan sarapan dalam air mata. Saya terfikir apa salah saya sebenarnya sampai awak buat saya macam batu.

Saya tetap kejutkan awak macam biasa. Awak nampak terkejut tapi saya gagahkan diri saya untuk senyum. Dengan suara yang lembut saya suruh awak bangun dan mengimamkan solat subuh. Pagi itu berbeza sekali rasanya. Di minda saya cuma terfikir satu perkara. Awak sebenarnya tak ikhlas memperisterikan saya. Tapi saya tak tau kenapa. Kenapa perlu awak ikat diri awak dalam perkahwinan ini dan seksa saya sebegini. Saya tetap maniskan muka walaupun saat tu perasaan saya dah mati. Saya tetap salam dan cium tangan awak dan tak lupa ucapkan maaf. Awak nampak serba salah tapi saya tetap cuba untuk tak kelihatan terluka.

‘Smlm pns, sbb 2 sy tdur kt blik lain.’ Saya tersenyum pahit waktu baca message dari awak. Kenapa awak berpura-pura dengan saya? Panas? Dengan aircond yang terpasang pada 16 darjah? Saya rasa marah sangat tapi saya biarkan perasaan tu berlalu. Entahlah awak … Saya sendiri terfikir kenapa saya selalu abaikan perasaan saya. Malam-malam seterusnya berlalu dengan awak mengasingkan diri di bilik kedua. Saya tak pernah bertanya. Saya diamkan diri tapi saya tak pernah lupakan tanggungjawab saya. Alhamdulillah, awak pun tak pernah abaikan kewajipan awak untuk berikan nafkah zahir pada saya.

Bila saya fikirkan balik, kita tak pernah keluar berdua kecuali sewaktu ke rumah saya atau ke rumah awak. Setiap kali keluar membeli barang dapur atau keperluan kita, saya akan pergi sendiri. Saya tidak kisah kerana saya boleh berdikari sendiri tapi saya terfikir. Apa status saya di mata awak? Saya isteri awak atau cuma orang gaji awak? Saya jaga dan uruskan keperluan awak sendirian. Kadang-kadang saya terserempak dengan kawan-kawan saya sewaktu saya shopping sendirian. Semua bertanya di mana awak. Lidah saya kelu untuk berkata. Alasan saya cumalah satu. Awak sedang bekerja atau awak outstation. Sedangkan saya tak tahu awak di mana!

Pernah sekali awak hantar message pada saya. Kita berhubung dengan message. Awak tak pernah call saya dan setiap kali saya call, awak tak pernah jawap. Alasan awak, awak sedang bermesyuarat. Tapi takkanlah awak ada mesyuarat setiap hari, kan? Hari demi hari saya jadi lali dan give up untuk call awak. Awak kata ada dinner syarikat di Dewan Perdana Felda dan semua pekerja terpaksa bawa pasangan masing-masing. Saya terasa kecil hati. ‘Terpaksa’ bawa pasangan masing-masing. Awak terpaksa ajak saya rupanya. Saya sediakan pakaian awak untuk dinner malam itu. Saya sengaja pilih baju batik yang sepadan dengan baju saya. Untuk dinner malam tu, saya keluar ke butik untuk make up wajah saya. Saya nak nampak sepadan dengan awak.

Tapi malam tu tak seindah yang saya harapkan. Saya tak nafikan semua orang memuji saya tapi awak sedikit pun tak pandang saya. Usahkan pujian, bercakap dengan saya pun tidak. Di depan kawan-kawan awak, awak peluk pinggang saya, awak pegang tangan saya. Hati saya benci sangat awak buat macam tu. Tapi saya halal untuk awak. Saya terpaksa relakan awak buat begitu. Bila majlis berakhir, awak minta saya tunggu di kereta. Saya cuma menurut tetapi kemudian saya terasa ingin pergi ke tandas. Sewaktu dalam perjalanan tu, mata saya sendiri saksikan awak sedang bersama seorang perempuan.

Hancur luluh hati saya, awak … Saya pujuk hati saya. Saya katakan pada diri saya yang dia hanyalah rakan sekerja awak tapi awak dan dia terlalu mesra! Awak genggam tangan dia, awak belai pipi dia … Mustahil awak hanya berkawan dengan dia, kan? Niat saya untuk ke tandas terus mati. Saya kembali ke kereta, melayan duka sehingga awak datang. Awak tak cakap sepatah pun. Saya hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang sedangkan awak bersiul bahagia. Tiba di rumah saya terus membersihkan diri. Saya bermunajat kepadaNya malam itu. Saya cuba hilangkan pedih di hati saya dengan berdoa pada ALLAH.

Awak ingat tak pernah sekali Ibu awak datang tinggal di rumah kita selama tiga hari? Itulah saat yang paling bahagia saya rasakan. Sebab awak akan layan saya dengan baik walaupun itu semua lakonan. Sekurang-kurangnya dengan adanya Ibu, saya bukan batu yang awak boleh abaikan sesuka hati awak. Setiap pagi saya akan bangun dan sediakan sarapan. Kemudian saya akan berjalan-jalan dengan Ibu. Saya tak sendirian! Awak pulang awal ke rumah semasa Ibu tinggal di rumah kita. Saya bahagia, awak … Sebab kalau Ibu tak ada, awak mesti balik lewat. Saya tetap tunggu awak walaupun ada kalanya saya menunggu sehingga tertidur. Bila awak balik, awak akan kejutkan saya supaya tidur di bilik. Tapi perkara pertama yang saya akan tanya adakah awak dah makan. Saya siapkan makan malam setiap hari walaupun terpaksa tunggu awak balik. Awak akan kata yang awak dah makan tapi awak akan tetap makan masakan saya. Saya tahu awak terpaksa tapi saya tetap hargai awak.

Saya kagum dengan awak sebab awak berterus terang dengan saya. Satu hari, waktu saya tengah mengemas, wallet awak jatuh. Saya nampak ada gambar perempuan dalam wallet awak. Dialah perempuan yang bersama awak malam itu. Awak cepat-cepat tutup dan simpan wallet awak. Tapi saya cuba senyum dan tanya pada awak siapa perempuan itu dengan lemah lembut walaupun hati saya dah remuk saat tu. Awak kata dia girlfriend awak. Awak dah bercinta dengan dia sejak di Jepun lagi. Saya cuma senyum. Hati saya menangis. Saya memang tak sepadan dengan awak. Entah apa awak fikir tentang saya. Mungkin awak fakir saya pun tak serius dengan perkahwinan kita. Awak silap. Perkahwinan kita ni satu rahmat dan kebahagiaan buat diri saya. Saya tak pernah merasa sebahagia ini sebelum ini. Tapi saya juga tak pernah rasa sederita ini sebelum ini. Awak berikan saya cahaya kebahagiaan tapi dalam masa yang sama suasana terlalu gelap sehingga menyeksa saya untuk mengejar cahaya kebahagiaan itu.

Satu malam, kita duduk berdua di meja makan. Kita berbincang. Awak tanyakan pada saya sama ada mahu teruskan perkahwinan ini atau tidak. Sakit hati saya dengar kata-kata awak. Awak seakan-akan mahu memutuskan ikatan halal antara kita. Saya menangis di depan awak. Sumpah, saya tak pernah mahu memutuskan ikatan perkahwinan ini walau macam mana pun awak layan saya. Sebab saya sayangkan awak. Awak bingung. Saya katakan pada awak yang saya tidak kisah jika awak hendak menikahi teman wanita awak tetapi jangan putuskan ikatan perkahwinan kita. Entahlah, bagi saya perkahwinan dengan awak adalah segala-galanya. Awak akur.

Tapi jujur saya katakan yang saya menipu kalau saya tak ada perasaan setiap kali lihat awak tersenyum bahagia bila berbual dengan girlfriend awak. Setiap kali saya melalui bilik kedua, mesti saya dengar awak ketawa. Saya selalu terbayang betapa bahagianya saya kalau awak sedang ketawa dengan saya? Sejak saya beritahu saya tak kisah tentang hubungan awak dengan dia, kita jadi rapat. Sekurang-kurangnya awak tak lagi diamkan diri macam dulu. Sejak hari tu awak mesti senyum dengan saya dan tegur saya. Awak puji saya. Walaupun saya tak tau awak ikhlas atau tak, saya tetap gembira. Awak tak segan silu ceritakan pada saya tentang girlfriend awak. Awak minta nasihat saya. Awak kata saya sahabat awak. Pilu hati saya, awak. Tapi tak apalah, saya sanggup hadapi semua ini asalkan awak ada dengan saya. Setiap kali awak ada masalah dengan girlfriend awak, awak akan ceritakan pada saya. Walaupun hati saya pedih, saya tetap bahagia.

Satu malam, awak pulang lewat. Mata awak sembap macam baru lepas menangis. Awak terus masuk bilik, langsung tak bertegur dengan saya yang ada depan mata awak. Saya risau tengok awak sedih. Saya ketuk pintu bilik awak. Awak tak buka pintu. Tanpa keizinan awak, saya masuk bilik awak. Awak duduk menangis di birai katil. Saya duduk sebelah awak, pegang tangan awak. Awak genggam tangan saya kuat-kuat. Esakan awak makin kuat. Saya tak cakap sepatah perkataan pun. Saya biarkan awak menangis sebab bagi saya awak cuma perlu luahkan segalanya. Mungkin bukan pada saya tetapi pada diri awak sendiri. Lama awak menangis sampai air mata saya pun hampir mengalir. Saya sedih tengok awak menangis. Saya tak nak sesiapa pun lukakan perasaan awak.

Saya biarkan awak peluk saya. Basah bahu saya dengan air mata awak. Jantung saya berdegup kuat bila awak peluk. Inilah kali pertama awak peluk saya dengan keikhlasan walaupun mungkin awak tak sedar awak sedang memeluk saya. Awak baring di riba saya. Basah seluar tidur saya dengan air mata awak tapi saya tetap biarkan. Saya beranikan diri untuk belai rambut awak. Akhirnya awak tertidur di riba saya. Saya tak sampai hati untuk kejutkan awak. Waktu awak tidur itulah saya renung awak puas-puas. Jahat ke saya kalau saya rasa bahagia bila awak sedang sedih? Saya bahagia awak terima saya di saat awak memerlukan seseorang.

Saya terbangun bila saya terdengar suara awak. Saya terkejut sebab awak tak tidur di riba saya tetapi di sisi saya. Awak peluk pinggang saya. Dada saya berdebar. Dahi awak berpeluh. Baju awak basah sebab peluh. Saya sentuh dahi awak. Panas. Awak demam! Cepat-cepat saya ambil tuala kecil dan ais. Saya lap peluh awak dan tekap dahi awak dengan ais. Awak pegang tangan saya waktu saya lap dahi awak. Saya ingatkan awak sedar tapi rupanya awak sedang mengigau. Awak sebutkan nama Diya. Mengalir air mata saya, awak. Walaupun saya tahu awak tak sedar, tapi saya tak dapat kawal hati saya daripada terluka. Kenapa dia yang awak rindui? Kenapa nama dia yang awak sebut?

Keesokan harinya apabila saya membuka mata, saya sedang berbaring di katil awak. Awak tak ada. Saya terus cari awak tapi awak tak ada. Di meja di bilik saya, awak sisipkan sekeping nota. ‘Terima kasih sebab jaga saya malam tadi. Malam ni saya balik lewat. Jangan tunggu saya.’ Saya tertanya … Bila awak tulis nota tu, ada tak awak fikirkan tentang perasaan saya? Saya koyak nota awak dan campakkan ke tong sampah. Saya benci awak layan saya macam ni! Saya hantar message pada awak untuk beritahu yang saya akan tinggal di rumah Mama selama beberapa hari. Sebelum saya pergi, saya siapkan keperluan awak untuk seminggu. Tapi sebenarnya saya tak pergi ke rumah Mama. Saya bercuti sendirian di Cameron Highlands.

Percutian saya bukanlah untuk bergembira. Saya banyak berfikir di sana. Saya mula fikirkan pertanyaan awak dulu untuk berpisah. Saya mula menyesali keputusan saya untuk meneruskan ikatan kita. Sebab saya menderita! Tapi saya tak salahkan awak. Saya sendiri yang lukakan perasaan saya, kan? Setiap hari saya menangis. Di sana, saya berjalan-jalan sendirian sedangkan setiap orang di sana berteman. Mereka nampak bahagia, awak … Tapi kenapa kita tak bahagia? Sebab hati awak bukanlah untuk saya … Semasa di Cameron Highlands, saya matikan handphone saya. Walaupun hati saya meronta untuk mengaktifkan handphone tapi saya kuatkan hati saya. Setiap hari saya tertanya … Awak pernah ke cari saya?

Selepas seminggu, barulah saya pulang. Saya kuncikan pintu bilik dan tak tunggu awak balik. Hati saya meronta nak lihat wajah orang yang paling saya rindui tapi saya takut saya menangis. Saya tak nak menangis di depan awak. Saya tak nak awak fikir saya nak dapatkan perhatian awak. Saya tetap tunggu awak sebenarnya. Pukul 10 malam barulah awak pulang. Awak berhenti di sisi kereta saya dan pandang ke arah bilik saya. Saya sembunyikan diri. Kemudian awak masuk ke dalam rumah. Saya berdoa awak akan ketuk pintu bilik saya tapi yang saya dengar cumalah awak menutup pintu bilik awak. Air mata saya mengalir. Awak mesti tak rasa apa-apa bila saya tak ada, kan?

Pagi itu saya mulakan kembali rutin harian saya. Selesai memasak sarapan pagi, saya ketuk pintu bilik awak. Tapi awak tak ada. Bilik awak kemas macam awak tak balik semalam. Di atas meja ada nota untuk saya. ‘Saya outstation tiga hari di JB. Nanti saya belikan something utk awak. Jaga diri baik-baik.’ Entahlah apa yang saya rasa waktu tu. Saya dah lupa. Saya cuma tutup pintu bilik awak dan saya berkemas. Saya pergi ke rumah Mama. Saya tak beritahu awak pun. Mama tak pernah beritahu yang awak cari saya semasa seminggu saya di Cameron. Awak tak pernah cari saya rupanya. Awak tak pernah hiraukan tentang diri saya.

Selepas tiga hari, awak jemput saya di rumah Mama. Saya tak tau macam mana awak boleh cari saya di rumah Mama. Awak nampak penat. Saya terus siapkan makanan untuk awak. Awak nampak berselera benar. Awak kata pada Mama yang awak rindukan masakan saya setelah berjauhan selama beberapa hari dengan saya. Awak tipu, kan? Awak kata awak penat jadi awak nak tidur di rumah Mama. Saya tak suka! Depan Mama saya pujuk awak untuk balik tapi awak menolak. Saya tak nak duduk di bilik yang sama dengan awak. Saya rimas awak ada dekat dengan saya. Saya bencikan awak!

Bila awak minta izin untuk masuk ke bilik, saya sediakan semuanya untuk awak. Kemudian saya keluar dari bilik untuk menonton TV. Semua tu alasan semata-mata. Awak datang jumpa saya. Mama senyum lihat awak datang sedangkan perasaan saya membara dalam hati. Saya berpura-pura mesra di hadapan Mama. Sejam kemudian awak ajak saya tidur. Terbeliak mata saya dengar awak bahasakan diri awak Abang. Saya menolak dengan mengatakan saya mahu menonton TV tapi Mama mencubit lengan saya. Dengan perasaan terpaksa, saya ikut awak masuk ke dalam bilik. Dalam bilik, saya mendiamkan diri. Saya duduk di atas kerusi. Perlahan-lahan awak datang hampiri saya.

"Boleh kita bercakap?" Awak meminta izin. Saya membatukan diri tetapi kemudian saya menganggukkan kepala.

"Awak pergi mana minggu lepas?" Tenang awak bertanya.

"Rumah ni la." Jawab saya pendek. Saya tahu menipu hukumnya berdosa tapi salahkah saya kerana tak mahu melukai perasaan saya sendiri? Saya berhak untuk gembira dan bahagia.

"Saya tahu awak menipu." Saya mendiamkan diri. Dalam hati saya bertanya. Kalau awak dah tau saya menipu, kenapa awak perlu tanya? Kenapa tak berterus terang? "Jangan buat macam tu lagi. Saya risau bila Mama cakap awak tak ada datang pun. Saya terpaksa tipu Mama katakan yang awak ada sedangkan saya cari awak setengah mati. Dah lah awak off handphone." Awak luahkan perasaan marah awak. Saya terfikir … Cuma sebab itu pun awak nak marah? Macam mana dengan saya yang terpaksa memendam rasa selama hampir setahun kita berkahwin? Sekali pun saya tak pernah ungkit! Tapi saya tak nak panjangkan cerita. Awak tak kenal saya. Saya sebenarnya keras kepala tapi demi awak saya sanggup berubah.

Saya rasa awak tahu saya sedang marah. Sejak hari tu, awak selalu pulang awal dan cuba untuk bercakap dengan saya. Tapi biasanya saya mendiamkan diri dan hanya menjawab sepatah untuk semua soalan awak. Saya cuba penuhi tanggungjawab awak. Saya tak lupa untuk kejutkan awak, sediakan sarapan awak, siapkan pakaian untuk awak bekerja … Tapi saya cuba untuk mengelak daripada berdua dengan awak. Perasaan saya sentiasa terganggu bila awak ada dengan saya. Awak pernah tanya kenapa tak makan bersama. Saya cuma katakan yang saya kenyang atau tidak berselera. Bersama awak, saya seakan patung tak bernyawa, mati.

Satu hari, awak hantar message. Awak nak ajak makan di luar. Saya menolak. Bagi saya, lebih baik saya makan sendirian daripada makan bersama awak. Saya katakan saya tak ada mood untuk keluar. Tapi awak memaksa. Malam tu istimewa rupanya. Awak hadiahkan saya mawar dan seutas gelang tangan. Awak mohon maaf untuk semua kesilapan awak. Saya rasa tak percaya. Kenapa tiba-tiba awak berubah? Apa yang menyebabkan awak berubah? Tapi saya gembira, awak … Malam itu kita pulang lewat kerana awak berkeras mahu menikmati suasana malam di KLCC. Itulah kali pertama kita berbual dan ketawa bersama. Terima kasih, awak … Kerana sudi membahagiakan saya saat itu.

Hari yang mendatang membahagiakan saya. Saya kembali ke rutin dahulu. Awak kerap pulang awal ke rumah dan kita menghabiskan masa berdua. Walaupun kita masih tidur berasingan seperti dulu, sekurang-kurangnya saya tak rasakan rumah itu tidak mengurung jiwa saya lagi. Setiap hujung minggu mesti awak bawa saya keluar. Saya rasa pelik kenapa awak mula baik dengan saya. Saya beranikan diri untuk bertanya pada awak tapi lidah saya kelu. Saya takut jika saya tanya, hubungan kita akan suram seperti dulu. Seingat saya, itu antara saat yang paling membahagiakan ketika bersama awak.

Tapi semua itu berubah dalam satu malam. Satu malam, awak pulang ke rumah dalam keadaan marah. Awak hempaskan pintu bilik. Saya mengurut dada kerana terkejut. Saya ketuk pintu bilik awak. Awak buka pintu dan menjerit ke arah saya. Saya terkejut. Itulah kali pertama saya lihat awak marah. Kemudian awak hempaskan pintu bilik di depan saya. Saya tak nafikan perasaan saya tercalar tapi saya bersabar. Mungkin awak ada masalah. Selesai memasak, saya buka pintu bilik awak tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Awak sedang duduk di atas katil. Awak menundukkan kepala. Saya tahu awak menangis. Saya berdiri di hadapan awak dan pegang bahu awak. Awak peluk saya. Bersaksikan ALLAH, malam tu saya serahkan diri saya yang halal untuk awak.

Pukul 3 pagi, sewaktu awak sedang tidur, saya bangun dan menunaikan solat sunat kerana saya bersyukur sekali. Niat saya ingin kembali ke bilik awak tetapi saya rasa malu sekali. Saya tidur di bilik saya walaupun hati saya meronta untuk berada di sisi awak. Saya terbangun bila pintu bilik saya diketuk kuat. Dengan rasa mengantuk, saya lihat jam menunjukkan pukul 9 pagi. Saya beristighfar dan segera membuka pintu. Bila saya buka pintu, awak tolak saya sampai saya terjatuh. Saya terpana. Saya ingatkan awak akan berhenti tapi awak tarik rambut saya dan tampar pipi saya berulang kali.

"Kau sengaja goda aku malam tadi! Kau sengaja buat macam tu! Kau nak ikat aku, kan? Sama macam mana kau ikat nenek aku supaya aku berkahwin dengan kau!" Demi ALLAH, saat tu saya rasakan saya kehilangan perasaan saya. "Kau ingat aku nak kahwin dengan kau? Kalau bukan sebab wasiat nenek aku, aku tak akan kahwin dengan kau!" Awak tendang tubuh saya. Air mata saya mengalir laju. Saya tak tau macam mana nak pertahankan diri saya. Saya rasa lemah sangat, awak … Barulah saya tau kenapa awak berkahwin dengan saya tapi … Tapi kenapa awak kejam sangat dengan saya? Awak kata saya goda awak? Saya cuma serahkan sesuatu yang halal untuk awak! "Bodoh! Bodoh!" Awak terus pukul tubuh saya. Sakit sangat, awak … Tapi hati saya lagi sakit.

Dalam keadaan marah, awak keluar dari rumah. Saya duduk menangis di birai katil sehingga saya tertidur. Bila saya bangun, awak masih belum pulang. Awak tak pulang malam tu. Tak … sejak hari tu awak tak pernah pulang. Bukan sekali dua saya cari awak. Saya telefon handphone awak tapi awak off. Kalau awak tak off pun, awak tak angkat phone call dari saya. Saya hantar berpuluh-puluh message pada awak tapi satu pun tak berbalas. Saya tetap menunggu awak tapi tak pernah sekali pun awak pulang. Saya rayu awak pulang setiap hari tapi hampa … Awak terus hilang. Saya pernah pergi ke rumah awak tapi Ibu awak tanya kenapa dah lama tak datang. Maksudnya awak tak pernah datang ke rumah Ibu. Bila saya telefon office awak, semua orang cakap yang awak dah lama tak datang bekerja. Mana awak pergi?

Tiga bulan awak menghilang entah ke mana. Mahu tak mahu saya terpaksa menebalkan muka memberitahu Ibu. Tapi saya tak beritahu sebab awak tinggalkan rumah. Saya terpaksa menipu mengatakan yang saya bersalah. Betul ke saya yang salah, awak? Menyerahkan sesuatu yang halal untuk awak salah ke? Berdosa ke saya? Tiap malam saya berdoa agar awak kembali tapi ALLAH tak makbulkan doa saya. Mungkin benar saya berdoa sebab buat awak marah. Saya tetap setia menunggu kepulangan awak. Hampir empat bulan digantung tak bertali, kesabaran saya mula hilang. Saya tak sanggup menunggu lagi. Yang paling saya sedih, saat tu saya dapat rasakan kewujudan satu nyawa lain dalam tubuh saya. Saya menangis teresak-esak bila disahkan berbadan dua. Saya tau awak mesti bencikan saya …

Saya berfikir panjang. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk pergi jauh. Saya hantar message pada awak. Saya tak tau awak baca message itu atau tak. Dalam message tu, saya beritahu awak yang saya akan pergi jauh. Ikatan perkahwinan ini terpulang pada awak untuk tentukan. Jika awak sudah tak sanggup menerima diri saya, saya rela dilepaskan. Saya berjanji pada awak yang saya akan sentiasa menjaga diri saya dengan baik. Saya juga mohon maaf sebab buatkan hidup awak merana selama ni. Tapi saya tak perna tahu apa-apa tentang wasiat nenek awak. Saya tak tau macam mana nenek awak kenal saya. Saya tak tau apa-apa! Saya tak sebutkan tentang anak kita langsung. Saya tak mahu awak membenci anak kita. Jika awak tak mahu menerima dia, biarlah … Saya sendiri akan menjaganya. Dan dia akan tetap tahu bahawa awaklah ayahnya. Dengan air mata yang tak berhenti mengalir, saya berpindah ke Pulau Pinang.

Membina hidup baru bukanlah mudah. Dengan wang yang saya simpan sebelum berkahwin dengan awak, saya tanggung hidup saya sendiri. Saya cuba sedaya upaya untuk melupakan awak. Setiap hari bila kandungan saya semakin membesar, saya akan menangis. Bukan kerana saya tak gembira. Bayi ini satu-satunya cahaya cinta saya. Saya menangis sebab saya rindukan awak. Cukup 9 bulan, saya lahirkan anak kita. Awak percaya tak yang saya lahirkan dia sendirian? Tak ada doctor atau jururawat yang menemani saya. Saya bertarung nyawa sendirian semata-mata untuk melahirkan anak kita. Seksa sangat waktu tu … Saya seakan ternampak semua dosa saya selama ni.

Lima bulan selepas saya melahirkan anak kita, awak datang. Luruh jantung saya ketika berhadapan dengan awak. Mata awak berair bila berjumpa dengan saya. Awak terus peluk tubuh saya. Saya membiarkan. Air mata saya mengalir. Awak mohon maaf pada saya. Awak bersungguh-sungguh mohon kemaafan pada saya tapi saya membatukan diri. Badan saya tak dapat bergerak, awak … Saya seakan tak ada kawalan terhadap badan saya sendiri. Saya biarkan awak menangis di hadapan saya. Saya menangis tapi lidah saya kelu. Saya tak dapat nak berbicara dengan awak. Hanya ALLAH yang tahu betapa saya rindu untuk melihat wajah awak.

"Maafkan saya. Saya tahu saya salah. Saya mohon ampun dari Ariana! Maafkan saya! Saya mohon ampun! Maafkan saya, Ariana!" Saya tak tau, awak … Saya tak tau sama ada saya boleh maafkan awak setelah apa yang awak buat pada saya … Saya tau awak tau yang saya Rie … Mama pernah datang beritahu yang awak datang ke rumah dan ternampak tudung putih pemberian awak dulu. Bukan itu saja. Semua gambar awak yang saya simpan selama ini juga dia tahu. Saya tak tau sama ada saya harus bersyukur atau tidak. Hati saya dah mati … Awak menangis di hadapan saya tanpa henti.

Berkali-kali awak panggil nama saya tapi saya tetap diamkan diri. Air mata saya menitis tapi saya tak dapat nak kesat air mata tu! Saya rasa saya dah mati, awak! Saya gagahkan diri untuk bangun dan dengan segala kekuatan, saya cium tangan awak, saya minta ampun atas semua dosa saya dan saya minta awak lepaskan saya. Kemudian saya tolak awak keluar dari bilik saya. Saya kunci pintu bilik walaupun awak ketuk pintu bilik saya dengan kuat. Meskipun awak menjeritkan nama saya … Tapi sudahlah, hati saya dah mati untuk awak. Entahlah … Susah untuk saya maafkan awak walaupun saya tau bukan salah awak anak kita tak sempat membuka mata untuk melihat dunia ini … Biarlah semuanya berlalu. Saya hanya mahu abdikan diri saya sepenuhnya pada ALLAH untuk memohon keampunanNya.

Pomepure - Jus Delima


RAHSIA DELIMA

Tahukah Anda,

RAJA BUAH yang sebenarnya adalah DELIMA bukannya DURIAN.

Bersama kita membongkar kebaikan dan kemujaraban buah Delima.
Sesungguhnya buah Delima mempunyai tahap antioksidan yang tertinggi
daripada buah-buah yang lain dan ianya terdapat didalam SYURGA.

“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon Kurma dan Delima”.

(Surah Ar Rahman : Ayat 68)

Buah Delima atau dari segi saintifiknya Punica Granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan Darah Merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit Anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Quran, mengandung potassium yang besar jumlahnya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.

Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga denyutan jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya).

Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung), mencegah Edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy).

Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Punica granatum dalam istilah botani juga terdapat di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa a.s lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon.

Buah Delima menjadi simbol KESUBURAN bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol KEBANGKITAN semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang BERKAT selain daripada buah limau dan pic.

Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam SYURGA yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam Surah Al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Imam Al Ghazali mengajak manusia agar merenung sejenak tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama.

Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai UBAT PENAWAR. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk.

Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud:

"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".

Jus Buah Delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.

Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia.

Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah SWT.

Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah SWT cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

Hubungi Saya untuk rasai keenakanya,

Inilah yang dipanggil Selokkk Kere..

Kita D' Dalam Dunia Semakin Leka.....


(Golongan Manakah Anda???)




"Tak boleh kah mengenakan pakaian yg lebih sesuai sedikit?
Bukankah ada garis panduan berpakaian untuk pengendali makanan?
Bukankah lebih manis jika bahagian yg didedahkan lebih sedikit daripada bahagian yg diselindungkan?
Wahai saudara seagamaku, aduhai bangsaku, Alahai Sahabat & Keluargaku...~"



Baharin Endut

N3 nie khas buat moklong
Nie cikbonsai dapat dari kawan-kawan moklong kat FB..
Cikbonsai sebenarnya kesian kat moklong sbb tak dapat tengok gambar kemalangan tue n perkembangan semasa..Jadi nie lah untuk melawat sesi Alam Maya.











THE END

Tuesday, November 9, 2010

Saya cintakan awk bukan kerana kecantikan @ kerana Allah tapi..

Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.

Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?

Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.

Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?

Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?

Alice: Tapi..

Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.

Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)


Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?

Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)

Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?

Lelaki B: Saya...saya...

Alice: Kenapa? cakaplah..

Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..

Alice: sebab?

Lelaki B: Perlukah bersebab?

Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..

Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.

Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.


Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..

Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?

Alice: Why not? Awak cintakan saya?

Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.

Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?

Lelaki C: (hanya mampu tunduk)

Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..

Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.

Alice: (terkedu) Apa awak nak?

Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.

Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?

Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.


Dua tahun kemudian.


Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?

Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.

Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.

Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.

Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.

Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?

Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.

Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)

Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??

Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)

Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..

Alissa: Hum.. akhirnya...

Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?

Alissa: Ya.

Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)

Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.

Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?

Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?

Akif: Alice...(terharu..)

Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..

Akif: Sebab?

Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)

Friday, November 5, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya
2. ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan posting ini tetap dalam Blogger Cik Bonsai... Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.


Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

Salam Ukhuwah..~

43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.

2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

3. makan atas pinggan yang terbalik.

4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..

5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.

6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.

7. suka bersandar pada pintu rumah.

8. suka duduk di atas tangga.

9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

11. tidak membersihkan rumah.

12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.

13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.

14. suka tidur di atas muka.

15. membakar kulit bawang.

16. menjahit baju yang sedang dipakai.

17. mengelap muka dengan baju.

18. berdiri sambil bercekak pinggang.

19. tidur tidak memakai baju.

20. makan sebelum mandi hadas.

21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

23. lambat pulang dari masjid.

24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.

26. suka memadam pelita dengan nafas.

27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.

28. membasuh kaki dengan tangan kanan.

29. membuang air kecil pada air yang mengalir.

30. memakai seluar sambil berdiri.

31. memakai serban sambil duduk.

32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

33. makan dengan menggunakan dua jari.

34. berjalan di antara kambing.

35. berjalan di antara dua perempuan.

36. suka mempermainkan janggut.

37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.

38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.

39. suka menggigit kuku dengan mulut.

40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

42. menguap ketika solat.

43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil

JANGAN MENYALAHKAN TAKDIR ATAU ORANG LAIN ATAS KESUSAHAN DAN KESEMPITAN HIDUP YANG DILALUI SEBALIKNYA BERTANYALAH PADA DIRI SENDIRI KERANA DIRI KITA SENDIRI YANG MENJADI PUNCANYA......

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL.....

Jika Terfikir Lakukan Maksiat...


"N3 nie cik bonsai ambik dari FB Ustaz Zahariddin. Sama samalah kita hayati.."


Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti:-
______________________________________________

Jika Terfikir Lakukan Maksiat...
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
www.zaharuddin.blogspot.com

Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

1.azab api neraka,
2.azab kubur,
3.mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
4.kejauhan dari rahmat Allah swt serta
5.tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
6.dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

1.penceraian akan berlaku akibatnya,
2.pasangan zina mengandung,
3.bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
4.mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
5.apa akan jadi kepada anak-anak ?,
6.kejian masyarakat,
7.ditangkap basah dan diumum di media,
8.adik beradik mengeji,
9.akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
10.dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
11.mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
12.dan banyak lagi boleh disenaraikan.


Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

KAWALAN

Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

1.Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
2.Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
3.Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
4.Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
5.Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
6.Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
7.Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
8.Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
9.Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
10.Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
11.Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
12.Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
13.Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
14.Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
15.Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
16.Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.


وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
29 Julai 2009



.

Kisah Teladan - "Aku bersama Su, Zu, As, Mag, Dan Is.."

Aku dan Su

Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke?

Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su.Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk.

Aku dan Zu

Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah.Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.

Aku dan As

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden KelabKebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. 'Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswa la kononnya.

Aku dan Mag

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab enkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat 'Coach' nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi.. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan.

Aku dan Is

Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is,'sorry'. 'Last-last',semuanya aku tinggalkan.

Kawan-kawan semua,untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is, masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yang sebenar, yang akan "backing" kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.